Sunday, May 27, 2012

Video Sahabat

Salam
Ini adalah salah tugasan berkumpulan yang telah saya buat bersama-sama rakan saya iaitu

Normira binti Haji Ibrahim dan Nor Fatihah binti Nawi

Kami telah memilih untuk membuat video mengenai persahabatan.Video ini sesuai juga digunakan untuk subjek Sivik dan Kewarganegaraan.

Video ini telah dirakamkan di Kamunting, Perak iaitu di SMK Kamunting dan di gerai mak cik kawan saya.

Software yang digunakan untuk mengedit video ini adalah Windows Movie Maker dan Sony Vegas Pro 11. 

Pada mulanya saya menggunakan Windows Movie Maker namun software ini tidak boleh meletakkan dua audio dalam satu masa dan menyebabkan software Sony Vegas Pro 11 digunakan.
 

Video ini memaparkan tentang persahabatan antara dua sahabat iaitu Aiman dan Hakimi.Aiman seorang yang miskin dan tempang manakala Hakimi seorang budak yang kaya.Pada mulanya Hakimi seperti tidak berminat ke sekolah barunya, namun setelah memerhatikan Aiman, dia berminat dan mula menghampiri Aiman. Ingin tahu lebih lanjut tentang persahabatan antara mereka? Saksikanlah sendiri =)





No comments:

Post a Comment